“Saya Takut Tinggi” – Jalani Penggambaran Di Jeju, Shin Hyesun Dedah Cabaran Berlakon Dalam ‘Welcome To Samdalri’

18 Jan 2024 • 2:36 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Shin Hye-sun dedah bahawa dia terpaksa menaiki berpuluh penerbangan sepanjang penggambaran diadakan.

Pada 17 Januari, video YouTube Esquire Korea yang menampilkan Shin Hye-sun telah disiarkan. Di mana di dalam video tersebut dia telah membincangkan mengenai peranannya dalam “Welcome to Samdalri”.

Apabila ditanya tentang penginapannya di Jeju untuk penggambaran drama tersebut, Shin Hye-sun telah mengejutkan ramai dengan berkata,

Saya sering berulang alik dari Seoul ke Jeju sepanjang 9 bulan penggambaran. Saya rasa saya dah naik lebih 34 penerbangan untuk drama ini.

image is not available

Sambungnya lagi,

Ramai yang tahu bahawa saya sebenarnya takut akan tempat tinggi, jadi ianya bukan mudah untuk saya menaiki kapal terbang.

Tambahnya,

Tapi sebab saya dah selalu sangat naik, lagi-lagi untuk drama ‘Welcome To Samdalri’, simptom ketakutan saya dah makin berkurangan berbanding sebelum ini.

Dalam masa yang sama, pelakon wanita itu turut mengulas lakonannya di dalam drama “See You in My 19th Life” dan “Angel Last Mission” dalam temu bual ini.

Korang berani tak nak naik kapal terbang banyak kali macam Shin Hye-sun?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.