“Saya tanya baik-baik…” – Atiq Azman Terkilan Dihina Wakil Produksi

Entertainment
3 Sep 2025 • 11:28 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Ramai yang menganggap dunia lakonan ini penuh dengan glamor namun baru-baru ini pelakon muda, Atiq Azman berkongsi dia dihina oleh seorang individu yang bekerja dengan produksi drama.

Menurut Atiq atau nama sebenarnya Raja Atiqullah, dia hanya berniat memperkenalkan diri dan meminta jasa baik pihak terbabit memberi ruang kepadanya untuk membintangi mana-mana projek sama ada sebagai pembantu atau watak utama.

Pun begitu, pengurus produksi berkenaan dikatakan bukan sahaja tidak mengenalinya, malah menganggap dirinya sebagai scammer.

image is not available

“Adakah ini kurang ajar wahai production manager? Takkan sebab saya tertypo ‘akak’, abang terasa? Kalau ya pun hina saya, jawab salam kan wajib. Tiga kali salam saya beri salam, bang,” tulisnya di Threads.

Atiq yang terkenal dengan peranannya dalam drama bersiri Nur dan Nur 2 itu bagaimanapun hanya menganggap ini merupakan ujian buatnya, selain menjelaskan ia perkara yang biasa untuk seorang pelakon tanpa pengurus untuk berhubung terus dengan pihak produksi.

Dalam pada itu, Atiq turut menitipkan pesanan agar masyarakat tidak menilai rezeki hanya dari sudut kewangan, sebaliknya menghargai nikmat lain yang lebih berharga.

Sumber: Threads

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.