
Baru-baru ini di aplikasi TikTok tular satu video yang memaparkan seorang wanita berang dengan tindakan pekerja di sebuah terminal bas di Shah Alam kerana dikatakan ‘biadap’.
Difahamkan, wanita itu tidak berpuas hati kerana telah ditengking selepas dia menanyakan soalan secara baik kepada penjaga tiket tersebut.

Wanita itu berkata, kejadian ini bukan pertama kali terjadi, namun setiap kali dia menaiki bas di terminal tersebut dia telah ditengking oleh pekerja yang berada di situ.
Saya tanya baik-baik. Ini bas pergi mana? Tengking-tengking pula.
Boleh cakap elok-elok, kan? Kalau penat, jangan kerja! Kau duduk di rumah.
Setelah ditengking oleh pekerja tersebut, beberapa orang lain yang berada disitu telah datang untuk meredakan keadaan.
Menerusi kapsyen, penumpang wanita itu mempersoalkan adakah pekerja di terminal 17 bermasalah.
Tolong eh, staff terminal 17 shah alam memang problem ke.
Rata-rata warga maya turut berpuas hati dengan tindakan wanita tersebut. Segelintir daripada mereka juga pernah merasai pengalaman yang sama di lokasi terbabit.

Jap!


