“Saya Tanya Ejen, Dia Tak Jawab” – Ramai Tertanya ‘Entiti’ Bertenggek Di Tangga Dalam Iklan Rumah Sewa Tapi Rupanya…

LocalEntertainment
4 Nov 2024 • 3:57 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Foto yang memaparkan bahagian dalam rumah untuk disewa di Puchong, Selangor meraih perhatian selepas ia dikongsikan di laman sosial Threads.

Gambar itu dikongsikan oleh seorang individu yang sedang melakukan tinjauan rumah di portal jual beli dalam talian. Foto itu memaparkan satu sosok atau entiti yang didakwa sedang bertenggek di tangga dalam rumah berkenaan.

Kata individu itu, apabila dia menghantar mesej dan bertanya, ejen hartanah tersebut bagaimanapun tidak membalas pertanyaannya.

“Seram. (Tengah) survey rumah dekat m**ah, nampak benda ni. Terus text agent tanya. Korang rasa tu apa?”, tulis @eiiddy_ di hantaran tersebut.

image is not available

Lebih menambahkan rasa seram apabila ejen tersebut tidak membalas mesej dan pertanyaannya berkenaan foto berkenaan.

Sesetengah netizen akui berasa seram apabila ternampak foto dikongsikan itu terutamanya mereka yang melihatnya pada waktu malam bagaimanapun ada yang mengesyaki bahawa ia adalah gimik ejen untuk menarik perhatian klien.

Bagaimanapun, seorang individu kemudian berkongsi foto rumah yang sama namun diiklankan di portal jual beli lain. Foto itu menunjukkan bahawa sosok yang disangka entiti itu sebenarnya adalah manusia.

Korang tenang korang. Ni rumah yang sama dekat ipro***ty. Tu ha manusia bukan momok. Sian manusia kena tuduh momok

image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 3 weeks ago

Pramugari Kongsi Pengalaman Seram Ketika Penerbangan Hantar Jemaah Haji - “Diorang Tinggal ‘Barang’ Dalam Kapal”