Penyanyi dan selebriti, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengambil keputusan untuk menarik diri daripada kategori Keluarga Selebriti Terhangat bagi Anugerah Melodi Terhangat 2026.
Keputusan tersebut dimaklumkan menerusi hantaran di Threads selepas namanya bersama keluarga disenaraikan sebagai salah satu calon dalam kategori berkenaan.
Advertisement
Menurut Siti, dia tidak mengetahui dirinya dan keluarga telah dicalonkan bagi kategori tersebut dan memilih untuk menarik diri daripada pencalonan berkenaan.
“Assalamualaikum semua peminatku tersayang.. Terima kasih pihak Melodi kerana mencalonkan saya dan keluarga untuk kategori ni, saya tak tahu tercalon, maaf sebab nak bagitahu… Suami & saya ambil keputusan untuk tarik diri dari kategori ini .. Peminat tak perlu undi saya tau.. saya sangat hargai usaha kalian semua ye.. ”
Netizen persoal pencalonan tanpa persetujuan
Hantaran tersebut turut mengundang pelbagai reaksi netizen. Ada yang mempersoalkan tindakan mencalonkan seseorang dalam sesebuah kategori tanpa mendapatkan persetujuan terlebih dahulu.
Seorang pengguna media sosial, khystagram, turut memberikan pandangan terhadap perkara tersebut.

“in the first place, memang main calonkan je ke tanpa bertanya?? teringat dulu masa lagu Di Taman Teman tiberr masuk pencalonan muzik muzik…”
Seorang lagi pengguna pula menyifatkan kebahagiaan sesebuah keluarga tidak sepatutnya dijadikan bahan untuk dipertandingkan.
“Terbaik tokt @ctdk … Kebahagiaan keluarga bukan utk dipertontonkan dan dipertandingkan….”
Dalam pada itu, terdapat juga netizen yang menyuarakan rasa kurang senang terhadap kategori berkenaan dan menyifatkan pencalonan tersebut sebagai tidak wajar.
View this post on Instagram
Siti Nurhaliza hargai sokongan peminat
Walaupun memilih untuk menarik diri, beliau tetap merakamkan penghargaan kepada peminat yang memberikan sokongan dan usaha untuk mengundinya.
Dia turut meminta peminat supaya tidak meneruskan undian untuk dirinya dalam kategori tersebut selepas keputusan untuk menarik diri dibuat.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

"Kacau, Ambil Hak Aku, Tunggu Sat, Malu Tolak Tepi" - Syatilla Melvin
The post “Saya Tarik Diri, Tak Tahu Pun Tercalon…” – Siti Nurhaliza Umum Enggan Sertai Anugerah Melodi Terhangat 2026 first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.





