“Saya Tawarkan Tyzo Bekerjasama Dengan RTM..” – Satu Pintu Tertutup, Beribu Pintu Terbuka, Tyzo Terima Banyak Tawaran Kerja

15 Jan 2024 • 11:56 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tidak lagi bersama Suria FM, Tyzo Xander kini telah menerima undangan untuk bekerja di stesen-stesen radio yang lain. Hal tersebut menjadi tumpuan selepas Tyzo terlihat berjumpa dengan Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia, Datuk Suhaimi Sulaiman.

Kerjasama dengan RTM

Menurut Suhaimi, dirinya sudah menyediakan beberapa projek untuk diusulkan kepada Tyzo. Dia juga menawarkan Tyzo kerjasama bersama Radio Televisyen Malaysia (RTM) di bawah beberapa platform seperti radio, televisyen dan digital.

Saya ada tawarkan Tyzo bekerjsama dengan RTM. Saya juga ada risik bentuk kandungan yang dia suka. Kalau boleh biarlah kandungan yang bakal dikendalikan mampu beri manfaat kepada RTM.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Suhaimi Sulaiman (@suhaimisulaiman)

Bukan ambil kesempatan

Tambah Suhaimi, dirinya bukan ingin mengambil kesempatan ke atas bekas kakitangan RTM itu. Disebaliknya, dia hanya ingin menghulurkan pertolongan kepada Tyzo namun tiada paksaan.

Mungkin ada yang anggap kami senjaga ambil kesempatan. Itu tak benar, kami hanya ingin membantu.

 

Kami tak paksa Tyzo untuk terima tawaran dan terpulang kepadanya untuk buat keputusan.

Kata ketua pengarah itu lagi, mereka akan menghormati keputusan penyampai radio itu dan berita susulan akan dikongsikan kemudian selepas keputusan sudah dibuat.

image is not available 24 hours ago

"Aku Dah Tak Nak Dengar Radio Ni Maaf.." - Kak KM Kecewa Tyzo Xander Ditamatkan Kontrak, Dakwa Ada Isu Disebalik