“Saya Tengok Depan Mata Saya” – Aaron Aziz Tua Dan Tak Fit? Ini Respon Zul Ariffin

Entertainment
14 May 2023 • 12:48 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Sebelum ini kecoh diperkatakan mengenai pelakon Datuk Aaron Aziz digugurkan daripada penggambaran sebuah filem di atas faktor kesihatan. Pelakon kelahiran Singapura itu juga dikatakan sudah berusia dan ‘slow’ untuk melakonkan aksi berlawan.

Namun, perkara itu disangkal Zul Ariffin yang kini difahamkan sedang menjalani penggambaran filem dengan aktor tersebut.

Menurut Zul, Aaron masih lagi boleh melakukan babak fighting seperti dulu. Dia berasa yakin kerana melihat sendiri pelakon berkenaan beraksi ketika shooting bersama.

Katanya, dia dan aktor itu mempunyai perbezaan umur sebanyak 10 tahun namun dia melihat ianya bukanlah satu kekangan.

Dia kuat, dia lebih kurang saiz saya. Saya 100kg, dia 90kg. Dia move pun lebih kurang, silap-silap saya slow sikit. Saya tak tahu apa isu dia yang sebelum ini, saya tengok depan mata saya, semuanya okay.

Tidak tahu isu sebenar yang berlaku, pelakon filem J Revolusi ini berharap segala perselisihan faham dengan mana-mana pihak dapat diselesaikan dengan baik.

Kredit: Instagram Official Hlive

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved