“Saya Tension Sangat..” – Amelia Henderson Bersuara Mengenai Pelakon-Pelakon Dalam Filem Blood Brothers

EntertainmentMovie
16 Apr 2025 • 10:53 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Amelia Henderson

Pelakon jelita, Amelia Henderson muncul dalam filem terbaru bertajuk Blood Brothers: Bara Naga dengan watak yang memerlukan kekuatan emosi dalaman.

Menurut laporan Kosmo, watak yang dibawakan Amelia iaitu Sheila menyaksikan dirinya benar-benar diuji dari segi ekspresi dan ketenangan.

Dalam filem ini, perkara susah bagi saya adalah bermain dengan emosi sebab saya tak ada babak berlawan langsung. Jadi, tugasan saya untuk bawa elemen kelembutan.

Babak kahwin jadi babak pertama dengan Sharnaaz Ahmad?

image is not available

Amelia turut berkongsi tentang pengalaman pertama kali digandingkan dengan aktor versatil Sharnaaz Ahmad, dah lah kena lakonkan adegan kahwin sebagai babak pertama mereka di set!

Bila masuk set penggambaran, adegan kahwin adalah babak pertama saya dan Sharnaaz, kalau difikirkan itu pun sudah cukup kekok.

Amelia juga berkata yang Sharnaaz sangat profesional dan banyak membantu menjayakan adegan yang penuh emosi dan ketegangan.

Aktres berdarah kacukan ini juga berterima kasih kepada Sharnaaz kerana membantu dia ‘keluar’ dari zon selesa.

Saya kena ucap terima kasih kepadanya kerana dia seorang pelakon yang sangat hebat. Jika bukan Sharnaaz sebagai Ghaz, lakonan saya tidak ke mana.

Cabaran besar Amelia Henderson!

image is not available

Salah satu cabaran yang mungkin ramai tak jangka, Amelia perlu melakonkan babak berbaring tanpa gerakkan mata langsung!

Saya tension sangat sebab semua orang dah berikan yang terbaik, tetapi saya pula yang tidak boleh berhenti bergerak.

Kadang-kadang, cabaran dalam kerjaya bukan hanya dari segi fizikal, tapi juga mental dan emosi. Berani mencuba sesuatu di luar zon selesa boleh bawa kita ke tahap lebih tinggi.

Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

The post

appeared first on

.