Kisah motosikal milik seorang penunggang p-hailing (Food Panda) disita oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hari ini mengundang perhatian banyak pihak. Ramai yang bersimpati, namun tidak kurang juga yang menyokong tindakan tegas JPJ.
Tampil menjelaskan cerita sebenar, Muhammad Shahrul Shah, 26, mengakui kesalahan tidak memperbaharui cukai jalan dan insurans, serta menerima hukuman itu.
“Ketika itu, saya dalam perjalanan ke tempat kerja kerana syif tengah hari. Nak dijadikan cerita, ada operasi sekatan jalan raya dan salah saya kerana cukai jalan sudah tamat tempoh dan tiada insurans.
“Jadi, saya akui, tak melawan malah memberi kerjasama dengan menyerahkan kunci serta motosikal saya kepada pihak berkuasa untuk disita.
“Saya akui memang salah saya. Jadi, terima saja hukuman, malah anggap apa yang berlaku sebagai pengajaran,” jelasnya.
Selepas motosikal diserahkan kepada JPJ, Muhammad Shahrul terus berjalan ke lokasi lain kerana dia telah meminta bantuan rakan untuk mengambilnya di lokasi tersebut.
Pemuda itu menafikan dakwaan netizen kononnya dia berjalan sejauh empat kilometer tanpa arah tuju. Sedangkan ketika itu dia dalam perjalanan menghantar pesanan pelanggan.
Bapa kepada dua anak itu berkata, dia mempunyai kerja hakiki. Tetapi turut bekerja sebagai penunggang p-hailing untuk menambah pendapatan keluarga sejak setahun lalu.
Sumber: Harian Metro
The post ‘Saya terima saja hukuman, serah kunci & motosikal kepada JPJ’ – Rider Food Panda akui kesalahan diri, tak minta diviralkan appeared first on The Reporter.



