“Saya Terkejut..” – Lee Minho Akui Satu K-Drama ‘Ini’ Masih Beri Impak Hebat Hingga Kini

18 Oct 2023 • 11:08 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Meskipun sudah membintangi pelbagai K-Drama, pasti ada beberapa drama yang masih memberi impak buat Lee Min-ho sehingga kini.

Baru-baru ini, Lee Min-ho telah hadir sebagai duta untuk acara pemaju hartanah SMDC yang diadakan di Filipina.

Ketika sesi temu bual, pelakon lelaki itu ada berkongsi kepada peminat tentang satu K-Drama yang masih memberi pengaruh buatnya hingga ke hari ini. Dia berkata,

Masih ada orang yang memanggil saya Gu Jun-pyo dan saya sangat terkejut apabila berfikir bahawa ‘Boys Over Flowers’ adalah pada 13 tahun atau lebih yang lalu.

image is not available

Jelas Lee Min-ho lagi,

Sungguh mengagumkan untuk melihat bagaimana projek yang lama dahulu boleh mempengaruhi orang lain secara berterusan dan terus diingati oleh manusia.

Memang legend drama “Boys Over Flowers” ni!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.