Taman Tema Everland di Korea Pakai Video Gwenchana Imran Bard

Entertainment
11 Oct 2023 • 11:11 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Taman Tema Everland di Korea Pakai Video Gwenchana Imran Bard

Pempengaruh TikTok terkenal, Imran Bard yang makin popular selepas video “Gwenchana” mendapat perhatian pelakon-pelakon K-Drama. Pelakon Lee Yi Kyung antara yang terawal stich video itu di laman Tiktok miliknya.

Terbaru, taman tema popular di Korea, Everland Resort juga turut menggunakan video Gwenchana Imran Bard sebagai bahan promosi mereka. Dalam kiriman yang dimuatnaik 3 hari lalu mendapat perhatian warganet Malaysia.

“Imran bard world domination,” kata pengguna Tiktok Frhana

“Silap-silap running man jemput dia pulak, lepas rindu diorang kat kwangsoo,” kata Farah di ruang komen.

Video di Everland Official itu telah mendapat lebih satu juta tontonan, lebih 100,000 tanda suka dan lebih 3,000 komen. Manakala, video original dari Imran Bard pula telah mendapat lebih 50 juta tontonan setakat ini.

Gwenchana bermaksud it’s okay atau dalam bahasa malaysia bermaksud “Saya Okaylah..”. Imran Bard salah seorang pempengaruh Tiktok yang memiliki 2.2 juta pengikut di platform itu. Beliau sering mencipta kandungan berunsur K-Drama dan kandungan-kandungan hiburan yang lain.