“Saya Terlalu..” – Song Hayoon Dedah Sebab Tak Tegur Park Minyoung Di Set Penggambaran ‘Marry My Husband’

Music
15 Mar 2024 • 3:04 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Song Ha-yoon telah menceritakan pengalamannya berlakon dalam “Marry My Husband”.

Baru-baru ini, Song Ha-yoon dan Lee Gi-kwang telah muncul dalam rancangan “Knowing Bros”, di mana mereka telah menceritakan pengalaman berlakon dalam “Marry My Husband”.

Song Ha-yoon berkata,

Saya ambil masa setahun untuk mendalami dan memahami watak Jung Soo-min. Bila penggambaran dimulakan, saya terlalu mendalami watak itu sampai saya tak rasa sakit pun bila kena tampar.

Tambahnya,

Saya juga tinggalkan media sosial dan elakkan diri daripada bergaul dengan rakan-rakan saya untuk menumpukan perhatian sepenuhnya sebagai penjahat.

image is not available

Sambungnya lagi,

Masa di set penggambaran pun saya tak bertegur sapa dengan Park Min-young. Ianya kerana, macam yang kita tahu Jung Soo-min sangat bencikan Kang Ji-won, sebab itu saya tak tegur Park Min-young supaya saya dapat mendalami watak itu dengan baik lagi.

Patutlah lakonan Song Ha-yoon menjadi!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved