“Dia Buat Saya Sedar..” – Sangat Profesional, Kim Soohyun Luah Rasa Kagum Terhadap Jun Jihyun

14 Mar 2024 • 2:08 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Kim Soo-hyun telah meluahkan rasa kagumnya terhadap Jun Ji-hyun.

Pada 13 Mac, Kim Soo-hyun telah muncul sebagai tetamu dalam “Yoo Quiz On The Block”, di mana dia telah menceritakan serba sedikit mengenai pengalamannya berlakon dengan Jun Ji-hyun.

Katanya,

Saya dan Jun Ji-hyun pernah berlakon sekali dalam drama ‘My Love From The Star’ dan sejujurnya, sehingga kini dia buat saya rasa sangat kagum dengan dia.

Tambahnya,

Saya sekarang tengah terlibat dalam projek ‘Queen Of Tears’ dan watak yang saya bawa lebih kurang sama dengan watak yang Jun Ji-hyun lakonkan dalam ‘My Love From The Stars’ iaitu Cheon Song-yi.

image is not available

Sambungnya,

Saya cuba untuk berlakon seperti dia, tapi ianya memang sangat sukar dan buat saya teringat dekat dia. Malah, drama ini buat saya sedar akan betapa hebat dan profesionalnya Jun Ji-hyun sebagai seorang pelakon.

Pejam celik tak sangka dah 11 tahun berlalu sejak drama “My Love From The Star” keluar kan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.