“Saya Tertekan..” – Hyuna Menangis, Luah Cabaran Jadi Penyanyi

Music
12 Jun 2024 • 3:16 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Hyun-a telah meluahkan perasaannya terhadap masa depan kerjayanya.

Dalam episod terkini “Umaizing Date”, Hyun-a telah berkongsi pandangan serta kerisauan terhadap kerjayanya.

Penyanyi itu berkata,

Saya sekarang takut sangat dengan masa depan kerjaya saya. Sekarang, saya banyak berfikir tentang hal ini. Saya rasa yang saya takkan selamanya ada di sini.

Tambahnya,

Saya tertekan jika fikirkan bila masa yang sesuai untuk saya dan peminat saya bersara. Saya harap bila waktu itu tiba, saya tak rasa sedih nak meninggalkan kerjaya saya.

image is not available

Sementara itu, kini nama Hyun-a sering menjadi topik hangat dikalangan netizen terutamanya selepas dia mengumumkan hubungan percintaannya bersama Jun-hyung yang terlibat dalam skandal “Burning Sun”.

Hmm…

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.