“Saya tetap akan mengajar Al Quran” – Akui Tiada Tauliah, Ustaz Tido Kini Tukar Nama Ke ‘Bro Tido’

Entertainment
15 Jul 2024 • 2:45 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, seorang personaliti media sosial yang dikenali sebagai Ustaz Tido dikecam kerana meminta seorang wanita untuk membuka kameranya dalam satu sesi live di TikTok untuk mengajar bacaan Al-Quran.

Ramai netizen merasakan ianya sesuatu yang tidak wajar memandangkan kedua-dua mereka berlainan jantina dan intonasi suara Ustaz Tido pada ketika itu seakan memaksa wanita berkenaan untuk membuka kameranya.

Terbaru, susulan kecaman yang diberikan oleh netizen, Ustaz Tido menerusi laman TikTok miliknya berkata dia mengakui kesilapan itu dan tidak mahu lagi digelar ustaz, sebaliknya hanya mahu dikenali sebagai Bro Tido.

image is not available

“Saya tak layak digelar ustaz sebab saya tak ada tauliah dan tak mengaji agama tinggi sehingga menara gading.

Insyallah saya usahakan dapatkan tauliah mengajar Al-Quran. Jadi saya tukar nama panggilan saya daripada Ustaz Tido ke Bro Tido,” tulisnya.

Dia juga bagaimanapun berkongsi dia tetap akan mengajar Al-Quran kepada followers di media sosial serta akan teruskan berdakwah.

Dalam pada itu, dia juga menjelas singkatan ‘Tido’ itu bermaksud, Taklim Iman Dakwah Orang.

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.