“Saya Tidak Akan Letak Jawatan Kecuali Terbukti Saya Curi Duit Rakyat” – PMX

LocalPolitics
20 Jul 2025 • 7:04 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa dirinya tidak akan meletak jawatan sebagai pemimpin negara biarpun diasak daripada pelbagai pihak termasuk pembangkang.

Selagi tak curi duit rakyat, tak akan letak jawatan

Menurutnya, beliau berpegang kepada prinsip untuk tidak tunduk dengan tekanan politik selagi dirinya tidak melakukan sebarang kesalahan.

image is not available

Saya tidak akan turun kecuali kalau saya curi duit rakyat. Kalau saya curi, suruhlah saya turun. Tapi saya tak curi duit orang.

“Isu-isu lama dah tak relevan..”

Dalam pada itu, Anwar atau mesra dipanggil sebagai PMX berkata isu-isu lama yang sering dijadikan bahan serangan politik sudah tidak relevan, apatah lagi sudah hampir tiga tahun dirinya bergelar sebagai Perdana Menteri Malaysia.

image is not available

 

Saya dah nyatakan dalam mesyuarat Jemaah Menteri, kalau ada kes, saya tak akan pertahan dan kalau ada pemimpin yang miliki kekayaan RM100 juta, dia kena jawab.

Tambahannya lagi, jika ada pihak yang ingin mencabarnya secara politik perlu menggunakan saluran yang betul, contohnya melalui Parlimen.

image is not available 2025-07-19 16:31:59

“Hang Jaga Negara 24 Tahun Dah, Duduk Diam-Diam.. Kalau Ada RM1 Bilion, Bagi Baliklah” - Kata-Kata PMX Untuk Tun M