Selain drama, Ji-soo BLACKPINK juga akan kembali menemui penonton menerusi filem “Omniscient Reader: The Prophecy”.
Bukan sahaja Ji-soo, naskhah ini turut dibintangi ramai pelakon hebat lain seperti Ahn Hyo-seop, Lee Min-ho, Shin Seung-ho, Chae Soo-bin dan Nana.
Namun baru-baru ini, peminat perasan bahawa poster promosi antarabangsa filem itu berbeza dari versi asal Korea, apabila mereka meletakkan Ji-soo di bahagian depan dengan wajahnya yang jelas kelihatan.
when the movie isn’t selling pic.twitter.com/0bax9KkxUu
— wake up, electric touch (@PRODJlSOO) July 18, 2025
Manakala dalam versi asal Korea pula, Chae Soo-bin yang berada di hadapan dan Ji-soo diletakkan di bahagian paling belakang dengan saiz gambarnya yang jauh lebih kecil berbanding pelakon lain.
Dengan ini, ramai mendakwa bahawa pihak produksi hanya ingin menggunakan Ji-soo untuk ‘menjual’ filem tersebut, memandangkan wanita itu tak dinafikan popular di peringkat global.
Malahan sebelum ini, pengarah sendiri mengaku bahawa dia memilih ahli BLACKPINK itu untuk terlibat dalam “Omniscient Reader: The Prophecy” kerana popularitinya, meskipun kemunculannya tak lama.
Sementara itu, filem tersebut akan ditayangkan di pawagam Malaysia pada 31 Julai nanti.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
The post “Tak Hormat Chae Soobin” – Peminat Nak Boikot, ‘Omniscient Reader’ Teruk Dikritik Dek Sengaja Guna Populariti Jisoo BP Untuk Jual Filem first appeared on KimchiDaily.my.
