Saya tidak akan perlahankan kerja lepas berkahwin, Yang Berhormat pun okay sahaja – Bella Astillah

Entertainment
7 Sep 2026 • 1:00 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Saya tidak akan perlahankan kerja lepas berkahwin, Yang Berhormat pun okay sahaja – Bella Astillah

PUTRAJAYA: Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah, menegaskan dia tidak akan memperlahankan kerjayanya selepas bergelar isteri bersama bakal suami, Yang Berhormat (YB) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman nanti, dan akan terus memenuhi komitmen kerja sebaik sahaja selesai majlis perkahwinannya.

Bella atau Dayang Nabellah Awang Astillah, 32, berkata, keputusan itu turut dipersetujui bakal suaminya yang juga merupakan Ahli Parlimen Muar (P146).

“Memang selepas kahwin pun sama, saya teruskan perancangan. Lepas itu memang saya tetap ada kerja yang saya harus diselesaikan.

“Saya tetap mahu bekerja. Kerja ini rezeki, selagi kita berdaya dan ada kekuatan, saya rasa tak salah untuk kita bekerja. InsyaAllah saya tak akan perlahan. YB pun okey sahaja,” katanya.

Mengenai majlis perkahwinan, Bella mengakui mungkin terdapat protokol tertentu memandangkan bakal suaminya seorang ahli politik tatapi menyerahkan perkara itu kepada perancang perkahwinan.

“Mungkin majlis nanti tetap ada protokol yang melibatkan VIP. Saya serahkan perkara itu kepada perancang perkahwinan kerana sebagai bakal pengantin, saya hanya fokus pada perkara yang perlu.

“Anak-anak saya, Aiden dan Ara pun ada bertanya dan mereka sangat teruja. Saya tak libatkan mereka 100 peratus untuk persiapan perkahwinan saya sebab mereka sekolah dan ada tuisyen,” ujarnya.

Tambah Bella, dia turut mengakui berasa gementar menjelang hari bahagianya kerana sedar perkahwinan akan membawa perubahan baru dalam kehidupannya.

“Saya rasa berdebar sebab ia melibatkan banyak perkara. Saya selepas ini akan berumah tangga dan kehidupan saya nanti akan sedikit berbeza. Bagi saya, perasaan berdebar atau stres itu adalah sebahagian daripada perjalanan, jadi saya jalaninya sahaja,” katanya.

Untuk rekod, Bella dan Syed Saddiq, mengikat tali pertunangan pada 28 Mac lalu dan mengumumkan bakal bernikah pada 10 Oktober depan.

Bella sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon dan penyanyi Aliff Aziz pada September 2016.

Mereka bercerai pada 16 Mei 2019 sebelum rujuk semula dan akhirnya berpisah kali kedua pada 13 Jun 2024.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden, 9 tahun, dan Ara, 6 tahun.

The post Saya tidak akan perlahankan kerja lepas berkahwin, Yang Berhormat pun okay sahaja – Bella Astillah appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved