'Saya tidak mempunyai sebarang pegangan saham lagi' - Azam Baki

LocalPolitics
11 Feb 2026 • 4:48 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki bercakap pada sesi temu bual khas bersama media dipejabatnya hari ini.- Foto Bernama

PUTRAJAYA - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki menegaskan bahawa beliau tidak mempunyai sebarang pegangan saham sejak tahun lalu.

Beliau berkata demikian bagi menjawab dakwaan laporan media berhubung pemilikan saham dalam syarikat Awanbiru Technology Berhad.

“Saya tidak mempunyai sebarang saham lagi, tunjukkan kepada saya fakta jika saya masih mempunyai saham, Awan Biru mana? Saya tidak tahu,” katanya ketika sidang media khas di ibu pejabat SPRM di sini pada Rabu.

Azam turut menegaskan sebarang dakwaan yang mengatakan beliau masih memegang sebarang aset adalah tidak benar dan berniat jahat.

“Sejak Julai lalu, saya tidak memiliki sebarang saham, sehingga hari ini saya tidak memiliki satu unit saham dalam mana-mana syarikat, akaun saya kosong,” katanya. - Awani 

AKAN MENYUSUL

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved