“Saya Tidak Takut..” – Maria Danisha Kongsi Foto Adik-Beradik, Netizen Titip Kata Semangat

Family & ParentingLifestyle
28 Sep 2026 • 10:49 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Perkongsian terbaharu anak bongsu kepada pasangan pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim, Maria Danisha Hakim kembali mencuri perhatian warganet.

Menerusi hantaran di TikTok, Maria dilihat menyertai trend yang sedang tular di platform tersebut dengan berkongsi beberapa foto adik-beradiknya ketika mereka masih kecil.

Advertisement

Menariknya, perkongsian itu menggunakan lagu terbaharu penyanyi terkenal Olivia Rodrigo berjudul Honeybee, sekali gus menambahkan lagi sisi emosi pada hantaran berkenaan.

maria danisha Image from: “Saya Tidak Takut..” – Maria Danisha Kongsi Foto Adik-Beradik, Netizen Titip Kata Semangat

Antara lirik yang digunakan Maria ialah:

In the dark, I am not scared.

I just reach and you are right there.

Menerusi perkongsian tersebut, Maria menggambarkan adik-beradiknya sebagai individu yang menjadi tempat untuk dirinya bersandar.

Malah, mereka juga dianggap sebagai ruang selamat buat Maria ketika melalui apa sahaja keadaan.

maria danisha

View this post on Instagram

Perkongsian berkenaan kemudian menarik perhatian ramai apabila netizen membanjiri ruangan komen dengan pelbagai reaksi.

Sebahagian warganet turut menitipkan doa serta kata-kata semangat buat Maria, selain menyifatkan hubungan rapat bersama adik-beradik sebagai sesuatu yang cukup bermakna.

Hantaran itu juga hadir selepas Maria sebelum ini pernah mencuri perhatian menerusi perkongsian berkaitan luahan hati mengenai perkara yang disimpan dalam dirinya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

norman hakim2026-09-25 09:59:15

"Tak Payah Datang Kubur Tuju Untuk Semua Anak, Saya Dah 'Unfollow' Mereka" - Abby Abadi

The post “Saya Tidak Takut..” – Maria Danisha Kongsi Foto Adik-Beradik, Netizen Titip Kata Semangat first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved