“Saya Walaupun Kaya, Apabila Makan Saya Suka Duduk Bersila Di Bawah” - Opai

12 Mar 2025 • 11:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Suami kepada pelakon Fatin Afeefa iaitu Aliff Awang mengakui dia lebih gemar makan sambil duduk bersila di atas lantai.

Makan bersila

Aliff atau mesra disapa sebagai Opai berkata, dia lebih berasa syukur atas nikmat Allah apabila menikmati makanan dengan duduk bersila atas lantai.

 

“Saya walaupun kaya, apabila makan saya suka duduk bersila di bawah. Inilah cara makan seorang hamba.

 

“Makan merupakan ibadah paling senang, sebab apa? Kerana ketika makan, kita semua akan ucap alhamdulillah.

 

“Apabila kaya atau senang, jarang ucap alhamdulillah. Tapi bila makan terus bersyukur.

 

“Duduk di bawah, saya dapat rasa begitu besar maknanya sebagai seorang hamba. Biarlah jangan jadi hamba dunia, tetapi jadi hamba Allah,” kongsinya.

Opai berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran di TikTok memaparkan dia sedang berbuka puasa bersama beberapa rakannya.

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut bersetuju dengan pandangan suami kepada bekas pelakon, Fatin Afeefa itu.

Bersifat riyak

Bagaimanapun, terdapat segelintir netizen yang menganggap Opai bersifat riyak kerana mengaku dirinya kaya.

 

“Orang kaya, tak cakap dia kaya.

 

“Makan bersila tu dah ok dah mengaku hamba, tapi potong betul bab mengaku kaya tu.

 

“Kene sebut kaya kalau tak orang tak tahu,” komen beberapa netizen.