Keluarga Lancar Tabung Bayar Ikat Jamin RM30K, Ramai Pengikut Abang Bas Nak Bantu

Entertainment
12 Sep 2024 • 10:19 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seperti semua maklum, pemandu bas atau dikenali sebagai Abang Bas telah didakwa atas dua pertuduhan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan sejak bulan April lalu.

Tertuduh yang berusia 24 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan diikat jamin sebanyak RM30,000 bagi kedua-dua pertuduhan dan 10 Oktober ini untuk sebutan semula kes serta serahan dokumen.

Semalam, keluarga Abang Bas melancarkan kutipan derma bagi mengumpul dana untuk membayar wang jaminan seperti yang ditetapkan oleh mahkamah.

Tabung itu dibuka menggunakan akaun AmBank milik kakaknya, Zarina Sari dan dimuat naik di laman Facebook wanita itu.

“Assalamualaikum saudara Islam yang banyak memberi sokongan dan maklum balas positif pada ‘Abang Bas’ dan keluarga.

“Sekali lagi kami merendah diri membuka tabung seikhlas hati atas dasar perikemanusiaan dan keharmonian, dari mata dan sisi Allah yang tidak pernah tidur untuk diri ini mendapatkan keyakinan,” tulisnya.

image is not available

Zarina turut memuat naik kod QR bagi memudahkan orang ramai membuat sumbangan bagi membantu adik lelakinya itu.

Dalam pada itu, dia turut berharap agar adiknya diberikan kekuatan dalam menempuh ujian hidup ketika ini dan keadilan berpihak kepada keluarganya.

Hantaran terbabit meraih pelbagai reaksi netizen yang mana ruangan komen itu didapati ramai yang sudah membuat transaksi bayaran ke akaun tersebut sebagai sumbangan ikhlas membantu Abang Bas. Ruangan komen juga dihujani dengan kata-kata semangat oleh para penyokongnya.

Sumber: Facebook

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.