“Saya yang salah” – Siti Nurhaliza Kongsi Di Sebalik Video Tular Afwa Tutup Muzik Ketika Menyanyi

Entertainment
21 Mar 2025 • 2:50 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Gelagat anak lelaki Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Muhammad Afwa yang bertindak menutup muzik ketika ibunya sedang menyanyi telah mencuit perhatian ramai.

Lebih melucukan dalam video tular itu, Afwa dengan selamba datang ke arah ibunya sambil berkata ‘bising’ selepas menutup muzik.

Tindakan Afwa itu mengejutkan Siti yang sedang asyik menyanyikan lagu Nazam Lebaran bersama anak sulung, Siti Afiyah sehingga membuatkan mereka tertawa.

Rupanya Afwa mengantuk…

Menerusi sumber Harian Metro, Siti mendedahkan kesilapannya menggunakan bilik Afwa menjadi punca anak keduanya itu bertindak menutup muzik.

“Dia tak faham. Okey dia tahu mak dia memekak saja. Bising…dia nak tidur, dia kata. Afwa ini dia lain macam sikit.

“Sebenarnya saya yang salah. Saya buat live hari tu di bilik dia. Selalunya tengahari dia kena nap dekat bilik dia. Saya dah gunakan bilik dia untuk buat live.

“Jadi dia mudah marah sebab dia dah mengantuk sangat, ibu tak stop-stop lagi. Dia dah keluar masuk keluar masuk bilik itu. Kami kunci pintu dulu tapi dia ketuk-ketuk,” katanya.

image is not available

Bercerita lanjut, Siti mengatakan dia cuba mengumpan Afwa dengan memberikan I-pad dan meneruskan sesi live.

“Sekali Afwa dapat buka pintu tu, dia masuk dengan I-pad tu dia macam ni je (tekan) tup. Dia selamba saja masuk. Tutup itu, dia kata ibu bisinglah.

“Itu yang terjadi. Afwa ni orang kata anak kedua ini memang lain macam sikit. Tapi dia memang… sebenarnya Afwa ini dia ada kelakar dia sikit. Kadang-kadang kat rumah pun dia yang mencuit hati saya lah.”

Alahai… terhibur dengan perangai Afwa ni!

Sumber: Harian Metro

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article