“Saya Yang Tinggal Zul Sebab Tak Serasi” – Abby Abadi Jawab Dakwaan Pernah Ditinggalkan Pelakon Lelaki

Entertainment
21 Sep 2026 • 10:27 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Usahawan dan pelakon, Abby Abadi tampil membalas komen seorang individu yang mengungkit kembali kisah percintaannya bersama aktor, Zul Ariffin suatu ketika dahulu.

Individu berkenaan mendakwa Abby atau nama lengkapnya, Arbaiyah Abdul Manan, 49, berpisah dengan Zul selepas ditinggalkan oleh aktor tersebut.

Advertisement

abby abadi

Bagaimanapun, Abby menafikan dakwaan itu dan menjelaskan bahawa dia sendiri yang memilih untuk mengakhiri hubungan berkenaan kerana mereka tidak serasi.

Menurut Abby, hubungan tersebut juga berakhir tanpa melibatkan hak sesiapa atau mengganggu kehidupan pihak lain.

“Tak kena tinggal lah. Saya yang tinggal Zul sebab tak serasi bersama. Tak ada jodoh tapi tak kacau hak sesiapa.”

Dalam pada itu, Abby turut menyentuh mengenai perceraiannya dengan bekas suami, Norman Hakim dengan mendakwa keputusan untuk berpisah juga dibuat atas permintaannya sendiri.

“Ibu Je Ke Kena Jaga Hati Anak? Anak? Bapaknya? Memandai-Mandai Netizen Ni..” – Warga Maya Tegur Abby Abadi Isu Ucapan Hari Lahir Anak Berbaur ‘Toksik’

“Bercerai pun saya yang minta cerai okey, sekian. Tak perlu meraban berlebih-lebih sangat.”

Abby kemudian meminta individu berkenaan tidak terlalu mencampuri urusannya selain turut membangkitkan isu nafkah yang didakwanya masih tertangguh.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Abby Abadi2026-09-17 14:01:28

"Mama, Abah Sakit Ke Meninggal Jangan Datang.." - Ucapan Hari Lahir Abby Abadi Buat Anak Jadi Tumpuan, Akui Menyesal Nikah Dengan Norman Hakim

The post “Saya Yang Tinggal Zul Sebab Tak Serasi” – Abby Abadi Jawab Dakwaan Pernah Ditinggalkan Pelakon Lelaki first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved