Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Pelakon dan bekas penyanyi kumpulan Elite, Abby Abadi sekali lagi mencuri perhatian netizen selepas memuat naik hantaran penuh emosi sempena ulang tahun kelahiran anak perempuannya, Maria Danisha, yang ke-18.
Menerusi perkongsian di media sosial, Abby meluahkan bahawa dia ‘makan hati’ dan mendakwa anak-anaknya seakan-akan makin melupakan jasa serta pengorbanan seorang ibu sebaik sahaja melangkah ke alam dewasa.
Artikel berkaitan: Majlis Hari Jadi Anak Bongsu Meriah, Tapi Netizen Tanya Mana Abby Abadi?
Artikel berkaitan: “Kalaulah beban tu boleh dipindah…” – Tak Sanggup Lihat Abby Abadi Bersedih, Suami Sedia Pikul Segala Beban Isteri

“Terima kasih menjadi anak Mama untuk 18 tahun ini. Tak tahu nak tulis apa, sebab hati Mama dah hilang rasa sebenarnya.
Dari korang kecil Mama jaga bagai menatang minyak yang penuh… tapi bila dah besar, semudah ini melupakan Mama,” tulisnya.
Lebih mencuri tumpuan, Abby turut menyentuh peranan bekas suaminya, Norman Hakim, yang didakwanya turut diperlakukan seolah-olah ‘tidak wujud’ oleh anak-anak. Malah, dia mengakhiri hantaran itu dengan nota kaki yang mengejutkan ramai apabila meluahkan rasa penyesalan terhadap perkahwinan lalunya.
“Di umur Baby yang ke-18 ini, lupakan Mama terus takpe… Kalau Mama, Abah, sakit ke, meninggal jangan datang tau.. uruskan sahaja kehidupan sendiri. Yang menyesal kawin dgn Norman Hakim, Abby Abadi,” katanya.
Perkongsian berkenaan mencetuskan pelbagai reaksi daripada warga netizen di ruangan komen.

Rata-rata netizen mendoakan agar urusan kekeluargaan pelakon berkenaan dapat diselesaikan secara baik dan hubungan ibu dan anak kembali bertaut semula.
Sumber: Threads
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.





