“Sayang Aji Dunia Akhirat” – Shuib Sepahtu Hargai Nabil Ahmad, Sentiasa Ada Saat Susah Senang

Entertainment
26 Oct 2026 • 6:19 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Pelawak dan usahawan Shuib meluahkan penghargaan buat sahabatnya, pelawak serta pengacara Nabil Ahmad yang sentiasa berada di sisinya ketika susah mahupun senang.

Menerusi perkongsian di Threads, Shuib memuat naik tangkap layar panggilan video bersama Nabil dan isterinya yang kini berada di Tanah Suci bagi menunaikan ibadah umrah.

Advertisement

Dalam perkongsian tersebut, Shuib menyifatkan Nabil sebagai sahabat yang terus setia menemani perjalanan hidupnya sejak dahulu.

Shuib Buat Posting Khas Hargai Nabil Ahmad

Shuib turut mengucapkan terima kasih kepada Nabil dan isterinya atas doa yang dititipkan buat dirinya dari Mekah.

“Terima kasih Aji, dari dulu lagi sampailah sekarang sentiasa jadi sahabat yang ada di saat susah senang, suka dan duka.

“Terima kasih atas doa Aji dan isteri dari Mekah,” tulisnya.

Doakan Urusan Umrah Nabil Dipermudahkan

Pada masa sama, Shuib turut menitipkan doa agar segala urusan ibadah umrah Nabil sekeluarga dipermudahkan.

Dia turut mendoakan agar Nabil bersama keluarganya diberikan kesihatan sepanjang berada di Tanah Suci serta dikurniakan keselamatan dunia dan akhirat.

“Semoga dipermudahkan urusan sekeluarga untuk umrah kali ini. Semoga Allah beri kesihatan pada keluarga Aji sepanjang mengerjakan umrah, selamat dunia dan akhirat.

“Sayang Aji dunia akhirat,” luahnya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

shuib2026-10-20 16:34:38

“Tanggunglah Dosa Segala Fitnah” – Terpalit Isu Cuci Duit, Shuib Lega Ady Kana Akui Tidak Mengenalinya

The post “Sayang Aji Dunia Akhirat” – Shuib Sepahtu Hargai Nabil Ahmad, Sentiasa Ada Saat Susah Senang first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved