Sentiasa Ada Ketika Susah Senang, Shuib Hargai Nabil Ahmad - “Terima Kasih Aji, Dari Dulu…”

26 Oct 2026 • 4:20 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

Sentiasa Ada Ketika Susah Senang, Shuib Hargai Nabil Ahmad - “Terima Kasih Aji, Dari Dulu…”

Pelawak dan usahawan Shuib meluahkan penghargaan kepada sahabatnya, pelawak serta pengacara Nabil Ahmad yang sentiasa berada di sisinya ketika susah dan senang.Menerusi perkongsian di Threads, Shuib memuat naik tangkap layar panggilan video dirinya bersama Nabil dan isterinya yang sedang berada di Tanah Suci.Dalam perkongsian tersebut, Shuib menyifatkan Nabil sebagai sahabat yang terus setia menemani perjalanan hidupnya sejak dahulu.“Terima kasih Aji, dari dulu lagi sampailah sekarang sentiasa jadi sahabat yang ada di saat susah senang, suka dan duka.“Terima kasih atas doa Aji dan isteri dari Mekah,” tulisnya.Shuib turut menitipkan doa agar urusan ibadah umrah Nabil sekeluarga dipermudahkan serta dikurniakan kesihatan sepanjang berada di sana.“Semoga dipermudahkan urusan sekeluarga untuk umrah kali ini. Semoga Allah beri kesihatan pada keluarga Aji sepanjang mengerjakan umrah, selamat dunia dan akhirat.“Sayang Aji dunia akhirat,” luahnya.Sumber: Threads

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved