“Sayang, biar saya ajar awak..”- Imran Bard dikecam, didakwa normalisasi budaya songsang

LocalEntertainment
8 Feb 2025 • 1:15 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pempengaruh media sosial, Imran Bard dikecam setelah memuat naik sebuah video di platform Instagram miliknya, baru-baru ini.

Mana tidaknya, video berdurasi 30 saat itu dilihat Imran melakukan beberapa babak ‘mesra’ bersama lelaki lain yang memanggilnya sayang.

Ia dilihat seakan-akan Imran atau nama sebenarnya Muhammad Al Imran Badaruddin, 24, mempromosi dan menormalisasikan budaya songsang kelompok ‘gay’.

Promosi hubungan sejenis?

Dalam video itu, Imran sedang menghidangkan juadah Char Kuey Tiaw untuk seorang lelaki yang telah memanggilnya sayang.

Dilihat seperti tidak kena dengan tekak dan selera, lelaki tersebut kemudiannya memaklumkan mahu mengajar Imran untuk memasak juadah tersebut dengan cara yang betul.

“Sayang, biar saya ajar awak memasak,”katanya dalam video berkenaan.

image is not available

Namun, apa yang membuatkan ramai terkejut adalah pemaparan beberapa adegan seperti pempengaruh itu dipeluk dari belakang serta adegan lelaki tersebut yang seperti mengetap bibir sewaktu menarik Imran rapat dengannya.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Imran Bard dikecam, didakwa promosi hubungan sejenis?

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menasihatinya untuk tidak menormalisasikan budaya kerana ditegah hukum syarak.

image is not available image is not available image is not available image is not available

Hasil pemerhatian OhMyMedia, video berkenaan sudah diturunkan daripada platform Instagram Imran Bard, namun telah tersebar ke media sosial lain.

Sumber: threads finazyunus