Sayang Justin Timberlake, Britney Spears Sanggup Gugurkan Anak

19 Oct 2023 • 11:42 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Hubungan percintaan di antara Britney Spears dan Justin Timberlake bukan satu rahsia.

Dua selebriti popular Hollywood ini pernah menjalin hubungan asmara sekitar lewat tahun 90-an dan awal 2000.

Waktu itu Spears berusia 17 tahun manakala Timberlake, 18.

Ternyata setelah bertahun lamanya, Spears menyimpan rahsia besar yang pernah terjadi sepanjang mereka bersama.

Menerusi siaran segera yang diberikan kepada People, penyanyi Toxic tersebut mengaku pernah hamil anak Timberlake.

Namun dia menggugurkan janin tersebut selepas Timberlake didakwa tidak gembira dan belum bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang bapa.

“Timberlake tidak gembira dengan berita kehamilan Spears. Dia mengaku belum sedia untuk mempunyai anak dan berasa masih terlalu muda untuk menjadi bapa,” tulis kenyataan tersebut.

Spears yang kini berusia 41 tahun kemudian mengambil keputusan menggugurkan janin yang dikandung.

“Ia mengejutkan saya (Timberlake tidak gembira) tapi itu bukan tragedi buat saya.

“Saya sangat sayangkan Timberlake. Saya selalu bayangkan akan mempunyai keluarga bersama, dulu,” dedah Spears.

Pendedahan tersebut dibuat Spears menerusi memoir miliknya, The Woman in Me.

The Women in Me hanya akan dipasarkan secara global pada 24 Oktober 2023.

Sementara itu Timberlake masih belum memberi sebarang respons terhadap pendedahan yang dibuat.

image is not available

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved