“Sayang nak pakai sebab bau mak kita” – Sajat Sebak Terima Bungkusan Baju Kurung Mak

Entertainment
9 Nov 2023 • 12:55 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Usahawan yang menetap di Australia, Nur Sajat sekali lagi meraih perhatian ramai selepas melihat reaksinya menerima bungkusan baju kurung ibunya.

Menerusi video live di TikTok yang dikongsikan semula oleh pengikutnya, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman menyatakan dia meminta ibunya menghantar beberapa pasang baju kurung untuk digayakannya.

Katanya, dia tidak menyangka bahawa bungkusan baju kurung yang diterima itu adalah milik ibunya sendiri.

@jen.rjane

Sedih Haraplah dgn baju tu, dapatlah mengubat sikit rindu jat, dapat hidu & peluk @nursajat kamaruz zaman @nursajat23 #nursajat #nursajat23 #nursajat237 #sajat #sajatedit #sajatvideo #fypシ #foryoupage #sajatlive

♬ Ghibli system. A sad and beautiful ballad(87172) – 朝木春美千

“Sajat cakap dekat mak nak baju kurung nak pakai masa buat masak-masak. Lepas itu dia bagi Sajat baju kurung dia.

“Sayang nak pakai. Baru sampai tadi, Sajat mintak dia baju kurung sebab Sajat punya dah tak ada. Cakap dengan mak, ‘mak boleh tak hantar baju, apa-apa bajulah untuk Sajat’.

“Lepas tu tak sangka pula dia hantar baju dia. Baju inilah yang sayang nak pakai, sebab bau mak kita kan,” katanya sambil beberapa kali membelek dan mencium bau baju tersebut.

Rata-rata yang melihat video tersebut turut menzahirkan rasa sedih dengan nasib Sajat yang berjauhan dengan keluarganya.

Dalam pada itu, ramai yang meluahkan kerinduan terhadap ibu bapa sendiri apabila melihat reaksi Sajat.

image is not available image is not available image is not available

Kalau pasal mak ni, min pun sedih…

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.