Sayu! Ibu pergi dulu sebelum sempat lihat anak capai impian, meninggal dunia dalam bilik hotel

30 Oct 2025 • 10:19 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

HARAPAN seorang ibu untuk melihat anak tersayang memulakan hari pertama sebagai penjawat awam tidak kesampaian apabila meninggal dunia secara mengejut.

Allahyarham Jemilah Md Nor, 64, menghembuskan nafas terakhir ketika menginap bersama suami dan anak lelakinya di sebuah hotel di Jalan Mahkota, Kuantan, Pahang.

Menerusi hantaran tular pengasas Unit Khas Van Jenazah (UKVJ), Mr Wan Cai Official, warga emas itu menemani anak lelakinya di Pejabat Pendidikan Daerah  berakhir dengan tragedi.

Pegawai perubatan yang hadir di tempat kejadian mengesahkan punca kematian Allahyarham adalah akibat komplikasi daripada penyakit darah tinggi.

Hasil siasatan juga mendapati  Allahyarham mempunyai sejarah kesihatan yang berkaitan dengan penyakit tersebut.

image is not available

Memandangkan Allahyarham mempunyai rekod perubatan, pihak polis telah mengeluarkan permit kematian tanpa perlu dijalankan proses bedah siasat.

Difahamkan, anak lelaki arwah kemudiannya menghubungi Team UKVJ Pahang untuk mendapatkan bantuan untuk membawa pulang jenazah ibunya ke kampung halaman mereka di Bentong, Pahang.

"Team UKVJ Pahang hadir ke lokasi bertindak membawa turun jenazah dari bilik hotel dengan bantuan suami, anak lelaki dan orang ramai," titipnya.

Jenazah  tiba di Masjid Chamang, Batu Satu, Bentong pada jam 3.30 petang, Rabu untuk diuruskan pengebumiannya.

Kisah sedih tentang pengorbanan dan kasih seorang ibu itu menerima lebih 5,000 reaksi warganet di Facebook.

"Harapan seorang ibu untuk melihat anaknya menabur bakti  tidak sempat direalisasikan.

"Perginya sebelum sempat menyaksikan kejayaan yang diimpikannya," kongsinya.

Sumber: Mr Wan Cai Official