
Kota Kinabalu: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) pada Isnin menyerahkan Sijil Menduduki (OC) kepada SBH Kibing Solar New Materials (M) Sdn Bhd untuk kilangnya yang beroperasi di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP), di sini.
Mayor Kota KInabalu, Datuk Seri Dr Sabin Samitah mewakili DBKK manakala Pemangku Pengarah Urusan, Ma Wen Tao menerima bagi pihak SBH Kibing Solar New Materials (M) Sdn Bhd dalam upacara yang diadakan di Bilik Mesyuarat Mayor, Tingkat Tiga Bangunan DBKK.
Menurut Dr Sabin, penyerahan kelulusan Sijil Menduduki ini menunjukkan komitmen DBKK dalam memastikan SBH Kibing Solar New Materials (M) Sdn Bhd dapat meneruskan operasi pertamanya dalam tempoh terdekat.
“Ini merupakan satu perkembangan positif ke sektor perindustrian di Bandaraya Kota Kinabalu berikutan kilang ini menawarkan peluang pekerjaan kepada warga bandaraya serta kawasan berhampiran untuk bekerja di loji yang akan menghasilkan kaca fotovolta solar (PV), dengan nilai pelaburannya bernilai RM3 bilion.
SPONSORED CONTENT RM20bil green steel project: Sabah on its way to adopting green technology, says Hajiji Kota Kinabalu: Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor said Sabah is well on its way to fully adopting the green technology revolution with a RM20 billion green steel project at the Sipitang Oil and Gas Industrial Park (Sogip). Read more “Limpahan daripada pelaburan ini pastinya akan memberi manfaat kepada peningkatan ekonomi Bandaraya Kota Kinabalu secara amnya, berikutan pelbagai aspek termasuk pemindahan teknologi dan penciptaan alam pekerjaan dapat dicipta kepada warga bandaraya Kota Kinabalu,” katanya di sini, Isnin.
Dr Sabin berkata, apabila beroperasi nanti, ini sudah tentunya akan membantu meningkatkan kemajuan negeri sebagai pusat pembuatan yang berkembang maju dan merangsang pembangunan ekonomi di negeri ini.
Hadir sama, Ketua Pengarah DBKK Junainah Abbie, Timbalan Ketua Pengarah Perancangan dan Pembangunan DBKK, Abdul Manaf Rajikan, Timbalan Ketua Pengarah Kewangan DBKK, Lifred Wong dan Timbalan Pengarah Urusan SBH Kibing Solar New Materials (M) Sdn Bhd.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.


