SC lancarkan siri buku 40 Hadis pacu penerapan Maqasid al-Shariah dalam Pasaran Modal Islam

LocalBusiness & Finance
26 May 2025 • 3:44 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

SC lancarkan siri buku 40 Hadis pacu penerapan Maqasid al-Shariah dalam Pasaran Modal Islam

image is not available

26/05/2025 - 15:44

Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), Datuk Mohammad Faiz Azmi (tengah), bersama Pengerusi Majlis Penasihat Syariah SC, Profesor Datuk Dr. Aznan Hasan (kiri), dan Pengarah Eksekutif Pasaran Modal Islam SC, Sharifatul Hanizah Said Ali (kanan), melancarkan siri buku 40 Hadis mengenai kelestarian dan transaksi jualan beretika di SC Nadwah Penasihat Syariah ke-3 dalam pasaran modal Islam hari ini. Oleh 'AINA SYAZWINA

KUALA LUMPUR 26 Mei - Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) melancarkan siri buku 40 Hadis bagi memperkukuh kefahaman industri terhadap kelestarian dan etika urus niaga menurut perspektif Islam.

Dilancarkan sempena Nadwah Penasihat Syariah Pasaran Modal Islam (ICM) kali ketiga, SC berkata, siri buku itu bertujuan meningkatkan kesedaran industri dan menggalakkan pelaksanaan praktikal prinsip Maqasid al-Shariah.

Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti, Datuk Mohammad Faiz Azmi berkata, penghayatan panduan hadis tersebut menyumbang kepada pembangunan ekonomi yang adil, inklusif, dan mampan.

"SC komited menjadikan Maqasid al-Shariah sebagai kerangka asas urus niaga perniagaan dalam ICM," katanya dalam satu kenyataan.

Inisiatif itu turut menjadi penanda aras penting dalam menerapkan prinsip panduan berteraskan kelestarian alam sekitar, perniagaan beretika, dan amalan perdagangan bertanggungjawab dalam ICM.

image is not available
Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti, Datuk Mohammad Faiz Azmi

SC turut mengumumkan penubuhan Pasukan Petugas Maqasid al-Shariah bagi ICM yang akan memacu dan menyelaras pelaksanaan prinsip berkenaan merentasi ekosistem ICM tempatan.

Pasukan petugas itu bertanggungjawab mengenal pasti ruang kerjasama strategik dan inovasi antara badan kawal selia serta pemain industri.

Ahli pasukan termasuk Bursa Malaysia, Persatuan Pengurus Aset Malaysia (MSAM), Persekutuan Pengurus Pelaburan Malaysia (FIMM), Persatuan Perbankan Pelaburan Malaysia (MIBA), Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM), Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (IBFIM), dan Majlis Pendidikan Kewangan Islam Antarabangsa (ICIFE).

Penceramah yang hadir ialah ulama syariah, Sheikh Dr Nizam Yaquby dan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah SC, Profesor Datuk Dr Aznan Hasan.

Nadwah SC yang ditubuhkan pada 2023 berperanan sebagai platform wacana intelektual, perkongsian ilmu syariah berteraskan amalan serta menerajui rumusan syariah inovatif antara penasihat syariah dan pengamal pasaran.- DagangNews.com

standard