Scaloni nafi Messi campur tangan pemilihan skuad Argentina

FootballSports
10 Jun 2026 • 7:40 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Scaloni nafi Messi campur tangan pemilihan skuad Argentina
Messi mengalas tanggungjawab besar membantu Argentina mempertahankan trofi Piala Dunia. Foto: Agensi

JURULATIH Argentina, Lionel Scaloni tampil menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa Lionel Messi mempunyai sebarang pengaruh dalam urusan pemilihan pasukan kebangsaan, sambil menyifatkan isu yang tular itu berpunca daripada salah tafsir kenyataannya oleh media asing.

Scaloni menjelaskan, kenyataan awalnya mengenai perbincangan bersama Messi telah diputar belit hingga mencetuskan persepsi seolah-olah kapten Argentina itu terlibat dalam menentukan barisan pemain.

Situasi tersebut kemudian merebak sehingga membuka ruang kepada perbandingan tidak langsung dengan Cristiano Ronaldo apabila jurulatih Portugal, Roberto Martinez turut diajukan soalan berkaitan pengaruh pemain bintang dalam skuadnya.

“Saya tidak kisah tetapi ia perlu diperjelaskan. Messi tidak pernah berkata sepatah pun kepada saya tentang pasukan,” tegas Scaloni sambil menambah bahawa semua keputusan kekal di bawah tanggungjawab pengurusan pasukan.

Beliau menjelaskan, perbincangan bersama Messi hanya tertumpu kepada tahap kecergasan dan keadaan fizikal pemain berkenaan bukan melibatkan pemilihan atau taktikal pasukan seperti yang digambarkan dalam laporan berkenaan.

Scaloni turut menyuarakan rasa tidak senang terhadap naratif yang dibentuk kerana ia bukan sahaja memberi gambaran tidak tepat terhadap struktur pasukan, malah turut menjejaskan persepsi terhadap peranan Messi sebagai kapten Argentina.

Dalam masa sama, beliau mengesahkan Messi masih berada dalam fasa pemulihan kecergasan selepas terlepas aksi pemanas badan sebelum ini, namun sudah kembali menjalani latihan bersama skuad secara berperingkat dan menunjukkan perkembangan positif.

Argentina kini memasuki fasa akhir persiapan menjelang Piala Dunia dengan fokus utama diberikan kepada kecergasan pemain utama ketika mereka bersedia mempertahankan kejuaraan dunia yang dimenangi pada edisi lalu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved