“Scary nya” – Individu Dakwa Ada Peniaga Jual Minyak Pengasih Dekat TikTok?

Entertainment
20 Dec 2022 • 12:13 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Selain dijadikan tempat untuk berhibur, TikTok juga dah jadi satu platform baru untuk membeli belah secara online. Macam-macam barang kita dapat lihat, ada yang jual barang perkakas dapur, perhiasan, pakaian, makanan dan banyak lagi.

Tapi kepelbagaian itu juga telah mengundang rasa gerun apabila ada yang mendakwa segelintir oeniaga menjual barang-barang yang dikaitkan dengan perkara mistik.

Menerusi perkongsian daripada seorang pengguna Twitter, dikatakan ada peniaga menjual minyak pengasih dan iklankan secara online.

 

Buluh perindu menurut islam?

Difahamkan, peniaga itu menjual barang tersebut dan mendapat sambutan daripada pembeli, malah apa yang membuatkan wanita ini pelik adalah sikap peniaga yang overclaim.

“Kenot brain lah nama buluh perindu menurut Islam??? Sejak bila pulak Islam ajar berharap selain dari Allah ni. Christmas haram, valentine haram tapi buluh perindu boleh normalise pulak ye. Ada yg pakai dekat bf?? Apooo setan pun risau.”

Perkongsian ini telah meraih 1,963 dalam masa 3 jam, rata-rata netizen turut sama tergamam apabila melihat iklan yang ditayangkan itu. Malah, ada juga netizen yang kongsikan pengalaman mereka ternampak jualan-jualan sebegini.

image is not availableimage is not available

Sebenarnya min pernah je tengok iklan macam ni dan ingatkan saja-saja je, tapi tak sangka rupanya memang betul juga, haihhhh, yang peliknya tu siap ada yang beli dan bagi review lagi! Dah la harga mahal.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.