Scha Dan Awal Duduk Sebaris Bersama Lee Min Ho Di Pertunjukan Fesyen Milan

Women's Fashion
24 Sep 2022 • 8:12 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Awal Dan Scha Bersama Lee Min Ho Di Minggu Fesyen Milan - Gambar Instagram

Pasangan selebriti popular tanah air iaitu Awal Ashaari dan Scha Al Yahya sememangnya dikenali sebagai ikon fesyen. Disebabkan status itu, sudah tentu mereka menjadi pilihan jenama terkenal antarabangsa untuk menghadiri pertunjukan fesyen di Minggu Fesyen Milan.

Baru-baru ini, mereka berdua telah berkongsi momen menghadiri pertunjukan fesyen bagi jenama Boss dimana mereka telah duduk sebaris dengan aktor terkenal dari Korea Selatan iaitu Lee Min Ho.

Menerusi video yang dimuatnaik oleh Scha dan Awal di Instagram, kelihatan mereka sempat berbual dengan pelakon drama ‘Legend Of The Blue Sea’ itu dan merakam gambar bersama. 

Ramai netizen yang cemburu melihat momen itu kerana tidak mudah untuk bertemu ‘superstar’ dari Korea yang mempunyai jutaan peminat di seluruh dunia itu, apatah lagi untuk duduk sebaris menyaksikan pertunjukan fesyen bersama. 

Namun kepada peminat di Malaysia jangan risau, khabarnya ‘oppa’ kesayangan ramai ini akan hadir ke Kuala Lumpur untuk bertemu peminat di sebuah konsert yang bakal berlangsung Oktober nanti. – Getaran, 24 September 2022

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved