Ada Yang Bertanduk! Ini Gaya Jalanan Yang Mencuri Perhatian Di #KLFW2022

Women's Fashion
29 Aug 2022 • 2:10 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
DS Vida bersama artis-artis ‘drag’ bergaya dalam busana rekaan Behati di belakang pentas #KLFW2022 - Gambar oleh Sairien Nafis

Hari terakhir Kuala Lumpur Fashion Week 2022 (#KLFW2022) gamat dengan penampilan aneka fesyen oleh selebriti dan penggemar fesyen di hadapan Pavilion KL.

Seperti pertunjukan fesyen yang tersendiri, ramai antara mereka sangat menarik perhatian dengan penampilan fesyen bukan konvensional yang unik.

Jangan kaget sekiranya kamu melihat dan merasakan fesyen mereka kelihatan ‘aneh’ kerana itulah fesyen! 

Inilah harinya bagi semua penggemar fesyen melaram sakan. Meraikan kreativiti dan Merdeka daripada tanggapan fesyen kebiasaan.

Sesuai bulan kemerdekaan, mereka bebas dalam berfesyen, berikut kami tampilkan beberapa gaya jalanan yang mencuri perhatian di #KLFW2022, seperti di bawah:

image is not available
Artis-artis seni ‘drag’ juga turut memeriahkan suasana #KLFW2022

image is not available
Penampilan fesyen androgynous yang mencuri perhatian

image is not available
Jangan risau, gaya tak akan pernah salah, kalau mengenakan gaya kasual!

image is not available
Serba hitam, fesyen neo-grunge tampil dengan penampilan sofistikated

image is not available
Tampil misteri, fesyen modern goth turut membuat penampilan

image is not available
Penyanyi, Bunga Isme dan atlet, Latif Romly bersama tunangnya, Nabila Farhana

Baca juga ulasan Meski Diseliputi Kontroversi, #KLFW2022 Kekal Bergemerlapan! - Getaran, 29 Ogos 2022