Seagate Mulakan Pengeluaran HDD 50TB Bermula 2028

Technology
30 Jul 2026 • 12:42 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

PC pertama saya pada tahun 1998 hanya mempunyai storan 500MB yang pada waktu tersebut dianggap besar. Selepas hampir 30 tahun, bermula 2028 Seagate mengatakan mereka akan mula mengeluarkan cakera keras (HDD) dengan kapasiti 50TB bersamaan 100,000 kali ganda saiz cakera keras pertama saya.

Image from: Seagate Mulakan Pengeluaran HDD 50TB Bermula 2028

Proses pensijilan pengeluaran awal HDD 50TB akan dilakukan menjelang penghujung tahun 2027. Ia menggunakan platform Mozaic 5 HAMR dengan setiap HDD mempunyai 10 keping cakera setiap satunya dengan kapasiti 5TB. Walaupun HDD tidak sepantas SSD, ia masih mempunyai permintaan tinggi untuk keperluan pusat data.

Walaupun HDD 50TB ini belum lagi dikilangkan, kesemua slot jualan telahpun habis ditempah pelanggan sehingga 2029.

Sumber – Tom’s Hardware

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved