Search, Wings, XPDC berentap atas pentas Konsert 3 Veto

LocalMusic
5 Aug 2026 • 4:24 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Konsert 3 Veto

PETALING JAYA: Tiga kumpulan rock legenda tanah air, Search, Wings dan XPDC berkongsi pentas buat julung kali menerusi Konsert 3 Veto yang berlangsung di Megastar Arena, Bukit Bintang, Sabtu lalu.

Konsert anjuran Bintang Batu Event & Seri Simfoni Sdn. Bhd. itu menghimpunkan hampir 4,500 penonton yang disajikan persembahan hampir tiga jam dengan lebih 30 lagu malar segar daripada ketiga-tiga kumpulan.

Image from: Search, Wings, XPDC berentap atas pentas Konsert 3 Veto

Menerusi konsert, XPDC membuka tirai persembahan menerusi lagu-lagu seperti Gerak 2000, Talam Dua Muka, Kita Peng Yu, Tangis Darah, Aku Masih Di Sini dan Apa Nak Dikata, sebelum pentas diambil alih Search yang mempertaruhkan antaranya Melastik Ke Bintang, Pelesit Kota, Di Pintu Sepi, Panggung Khayalan dan Kereta Merah.

Seterusnya, kemunculan vokalis Search, Pasya atau Faizul Ashraff Fauzi turut mencuri perhatian apabila berjaya membawakan lagu-lagu popular kumpulan itu dengan vokal bertenaga.

Manakala, Pasya yang juga naib juara Mentor 7 sebelum ini terus diberi kepercayaan sebagai vokalis utama Search selepas membuktikan kemampuannya dalam beberapa siri persembahan terdahulu.

Wings pula menutup persembahan utama menerusi deretan lagu hit termasuk Jerangkung Dalam Almari, Lubuk Pusing, Di Ambang Wati, Opera Hidup, Ingatkan Dia dan Lipas Kudung, sekali gus menghidupkan suasana arena.

Kemuncak konsert menyaksikan ketiga-tiga kumpulan bergabung di atas pentas menerusi lagu So Lonely nyanyian asal Loudness sebelum menutup persembahan dengan Raja Rock Timur, yang mendapat sorakan gemuruh penonton.

Image from: Search, Wings, XPDC berentap atas pentas Konsert 3 Veto

Konsert itu turut menampilkan segmen mash-up yang menggabungkan karya daripada Search, Wings dan XPDC, selain susunan muzik baharu yang masih mengekalkan identiti asal lagu-lagu tersebut.

Penganjuran Konsert 3 Veto membuktikan karya Search, Wings dan XPDC terus mendapat tempat dalam kalangan pencinta muzik tempatan, sekali gus mengukuhkan legasi tiga kumpulan itu selepas lebih empat dekad mewarnai industri muzik tanah air.

The post Search, Wings, XPDC berentap atas pentas Konsert 3 Veto appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved