‘Sebab baby, kita dapat banyak rezeki.’ Suami beli rumah baharu selepas Fila Amir bersalin

LocalFamily & Parenting
3 Jun 2025 • 10:16 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

MURAH rezeki! Personaliti media sosial, Fila Amir yang baharu bergelar ibu hampir sebulan menerima hadiah istimewa daripada suami, Muhammad Adama Camara.

Pemilik nama Nur Afilah Amir Rusdi itu sempat berkongsi video memaparkan momen bermakna menerima 'push present' selepas bersalin puteri sulung, Assara Adama Camara hingga meraih perhatian warganet.

Fila dalam masa yang sama meluahkan rasa syukur kepada suaminya kerana sering berusaha memenuhi keperluan mereka sekeluarga.

image is not available

"Get ready nak pergi tengok push present rumah baharu.

"Alhamdulillah for everything. Thank you my love selalu buat yang terbaik untuk mommy and Assara," titipnya.

Namun, menurut Adama, beliau hanya menumpang rezeki daripada anaknya kerana selepas kelahiran si kecil itu urusan mereka sekeluarga menjadi mudah.

"Sebab baby ini, kami dapat banyak rezeki," tuturnya.

image is not available

Warganet bersetuju dengan Fila dan memuji Adama sebagai suami yang bertanggungjawab.

"Setiap kelahiran anak pasti akan ada sahaja rezeki."

"Bertuahnya Filla dapat suami yang baik dan tahu menghargai. Semoga bahagia hingga ke jannah."

Sekadar info, Fila dan Adama selamat bernikah pada tahun 2019. Pasangan bahagia itu menunggu selama lima tahun untuk menimang cahaya mata sulung.

Kelahiran Assara pada 15 Mei lalu adalah hasil rawatan kesuburan pensenyawaan in-vitro (IVF).

Sumber: Instagram