Fila Kongsi Detik Bersalin, Sempat Makan Aiskrim - “Tiba-Tiba Air Apa Keluar Ni? Kejut Suami, Terus Ke Emergency…”

20 May 2025 • 7:30 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pempengaruh, Fila Amir berkongsi ketika melahirkan anak perempuannya.
 

Rancang bersalin normal


Menerusi video pendek yang dimuat naik akaun Instagram miliknya, Fila atau nama sebenarnya Nur Afilah Amir Rusdi memaklumkan pada awalnya merancang untuk bersalin secara normal namun hasrat itu tidak diteruskan.

“Pagi selasa 13 Mei pergi check up sambil bincang dengan doktor nak czer ke normal. Awalnya rancang nak normal, tapi hujung-hujung buat keputusan czer sahajalah.


“Jadi rancang nak czer pada 16 Mei, jadi dah siap pergi booking bilik dan semuanya pada 16 Mei. Balik, teruja nak tunggu tarikh itu sambil fikir adalah dua tiga hari lagi nak buat apa yang patut,” kongsinya.

 

Sempat makan aiskrim sebelum bersalin


Berkongsi lanjut mengenai kelahiran anaknya, Fila berkata dia melalui detik cemas apabila air ketubannya pecah namun tiada tanda-tanda untuk bersalin.

“Malamnya pukul 12 lebih sempat makan aiskrim, lepas tu tiba-tiba air apa keluar ni. Kejut suami, terus ke kecemasan.

“Ketuban dah pecah tapi contraction tak ada, laluan pun belum buka. Doktor cakap kena teruskan dengan  emergency czer. 


“Alhamdulillah kita hanya mampu merancang, tapi perancangan Allah itu lebih baik,” tulisnya.



Berikut merupakan perkongsian penuh Fila:


 


Terdahulu, Fila selamat melahirkan cahaya mata pada 15 Mei lalu.



Difahamkan sebelum ini, Fila telah menjalani proses persenyawaan in vitro (IVF) sejak lima tahun lalu.



Kedua-dua Fila dan suaminya,Muhammad Adama Camara terbuka berkongsi cabaran dalam menjalani rawatan kesuburan dan antaranya adalah tiub fallopio yang terpaksa dibuang.