“Sebab Darah Campur” – Foto Tular Tapi Kenapa Saiz Kaki Anak Song Joongki Jadi Perhatian?

Entertainment
19 Jun 2024 • 12:45 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Pada 19 Jun, beberapa media melaporkan bahawa Song Joong-ki dan Katy Saunders dilihat di kawasan popular di Hannam-dong di Seoul.

Dalam sebuah foto yang tular kini, pelakon lelaki itu tampil menolak anaknya dalam kereta sorong bayi dengan bersama isteri di sisi. Keduanya kelihatan memakai pakaian kasual dan selesa meskipun muncul di khalayak umum.

Netizen dilaporkan memberi reaksi terhadap foto tersebut, dengan ramai yang menyambut baik pemandangan itu,

Rasa pelik melihat Song Joong Ki menolak kereta sorong bayi. Dia benar-benar seorang ayah sekarang.

Apa yang menarik perhatian ramai ialah kaki anaknya yang terjulur keluar sedikit dari kereta sorong itu sekaligus ramai yang menebak bayi itu bersaiz besar kerana tapak kaki yang sihat.

image is not available

Ada yang menebak mungkin kerana bayi itu campuran Korea dan British, sudah pasti saiz badannya akan lebih cepat membesar berbanding bayi Asia.

Harap membesar dengan baik!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.