“Sebab itu saya cakap, isteri pertama untuk dihargai” – Abang Tesla Tak Suka Cara Aslam

Entertainment
8 Mar 2024 • 4:26 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Apabila dibahaskan mengenai isu poligami, pasti ramai orang akan ‘petik nama’ Abang Tesla kerana video viralnya yang meminta izin untuk berkahwin kali kedua usai solat subuh dengan isteri pertama.

Berikutan tularnya isu Aslam dan Marissa, Abang Tesla atau nama sebenarnya Muhammad Khal Iltizam Yusry, 29 tampil memberikan pendapatnya yang tersendiri.

Jelasnya, tindakan Aslam melakukan sesi photoshoot bersama Marissa Dania sahaja adalah tidak wajar.

“Saya malas nak komen tetapi kalau lihat semula isteri nombor satu, dia (Umisya) pergi shooting seorang diri.”

“Saya rasa tidak patut sebab itu saya pernah cakap isteri pertama untuk dihargai. Saya hargai isteri saya.”

Abang Tesla berkongsi perkara itu menerusi hantaran video di TikTok miliknya. Walau bagaimanapun, Abang Tesla enggan memberikan ulasan dengan lebih lanjut mengenai isu ini.

Sebelum ini, tular di media sosial beberapa video memaparkan anak kepada pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania Hakim dan Aslam bergandingan bersama dalam satu photoshoot pakaian raya.

Sumber : TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.