Cik B kena paksa ibu buat ‘trend Asoka’, watak ganas bertukar comel!

Entertainment
18 May 2024 • 1:26 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Usahawan dan pempengaruh muda, Cik B kena paksa ibu buat trend Asoka apabila berkongsi video tersebut di platform TikTok miliknya.

Cik B ikut trend Asoka!

Menerusi posting berkenaan, Cik B yang terkenal dengan dandanan serta reaksi wajah yang ganas bertukar comel dan cantik selepas disolek seperti wajah pelakon Bollywood.

Cik B kena paksa ibu buat video Asoka juga

Dalam video tersebut, Cik B atau nama sebenarnya, Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 18 tampil dengan solekan yang kurang cantik dahulu sebelum membuat transformasi dengan solekan yang menampilkan sisi femininnya.

“Asoka versi saya yang dipaksa ibu,” tulisnya ringkas.

image is not available

Cik B kena paksa ibu, siap bantu pakaikan contact lens

Dalam perkongsian yang dibuat ibunya pula, Dato’ Seri Vida di akaun TikTok, dia telah menunjukkan proses pembikinan video trend Asoka tersebut.

Dapat dilihat yang Cik B dibantu mengenakan kanta lekap di bahagian mata dan juga sesi mengenakan solekan bagi mengikuti gaya Bollywood.

Cik B sebenarnya cantik ye

Susulan daripada posting yang dibuat Cik B, pelbagai komen diterima dan rata-rata memuji penampilannya yang berbeza daripada biasa.

Remaja terbabit yang selalunya terlihat ‘ganas’ dengan pakaian yang lebih ‘boyish’ tampil begitu cantik serta comel apabila didandan dengan solekan serta berpakaian sari.

image is not available

Asoka versi comel, hilang watak ganas

image is not available

Cik B pemenang trend ni!

image is not available

 

 

Menyala Cik B!

image is not available

 

Terdahulu, Dato’ Seri Vida turut melaukan trend Asoka dan mendapat pelbagai komen daripada netizen.

Walaupun hasil video tersebut cantik dan mendapat pujian ramai, namun ada yang berseloroh dengan menyamakan DSV dengan hantu pocok disebabkan turban yang dipakainya.

Sumber: TikTok cikb_havoc