‘Sebab nak tolong Melayulah hutang wajib dibayar’ - Asyraf Wajdi

LocalPolitics
4 Aug 2025 • 11:02 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Asyraf Wajdi

SHAH ALAM – Tindakan tegas terhadap peminjam yang culas membayar pinjaman diambil demi memastikan kesinambungan bantuan kepada lebih ramai yang memerlukan.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, langkah tersebut dilakukan bagi membantu bangsa Melayu.

“Ada yang menghantar mesej mempersoalkan kenapa saya terlalu keras kepada penghutang MARA, tiga bulan tak bayar sudah dapat notis, katanya nak tolong Melayu.

“Maaf ya! Sebab nak tolong Melayulah hutang wajib dibayar. Ramai lagi anak bangsa yang perlu dibantu,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.

Sebelum ini, peminjam MARA disarankan agar tidak melepaskan peluang untuk menikmati pengurangan bayaran balik pinjaman pelajaran.

Asyraf Wajdi berkata, dasar pengurangan bayaran balik pinjaman pelajaran itu telah dipersetujui dan diluluskan oleh Majlis MARA.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved