Dah Lama Tak Dilihat Bersama, Peminat Teruja Lihat Interaksi Terkini Jisoo BP & Jung Haein

22 Mar 2024 • 1:00 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Meskipun drama “Snowdrop” dah lama tamat, pasti ramai yang masih rindu untuk lihat gandingan Ji-soo bersama Jung Hae-in kan?

Terbaru, Ji-soo BLACKPINK telah memuat naik beberapa foto baru di Instagram peribadinya, beserta kapsyen,

Rambut saya berpintal

Belum 24 jam selepas dikongsi, hantaran itu telah meraih lebih 2 juta sukaan dengan 20 ribu komen dari peminat.

Selain itu, peminat juga tidak dapat menyembunyikan rasa teruja mereka apabila perasan Jung Hae-in juga menekan butang ‘suka’ untuk hantaran tersebut.

Memandangkan ini adalah kali pertama lelaki itu like gambar Ji-soo di Instagram selepas sekian lama, peminat rata-rata seronok melihat interaksi mereka.

Gembira la tu peminat ‘Haesoo’!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.