“Sebab Tu Minat Mereka” – Konsert HIGHLIGHT Di Malaysia Diawalkan Bagi Hormati Waktu Solat

LocalEntertainment
24 Jun 2025 • 11:54 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Syarat untuk mendapat sokongan peminat ialah apabila seseorang artis itu mengambil kira keperluan peminatnya.

Sama seperti HIGHLIGHT (turut dikenali sebagai B2ST dahulu) yang mendengar keluhan peminat Malaysia apabila konsert mereka yang bakal berlangsung pada 27 September ini di Idea Live Arena diawalkan ke 4.30 petang selepas ramai yang risau mereka bakal terlepas waktu solat Maghrib sekiranya konsert bermula 7 petang seperti tetapan awalnya.

Keputusan yang diumumkan penganjur tempatan iaitu GME International nyata mendapat sambutan memberangsangkan daripada peminat tempatan. Malah ramai yang menyokong kerana konsert itu habis dengan lebih awal, lantas memudahkan urusan untuk pulang ke tujuan masing-masing menggunakan pengangkutan awam.

Komen peminat,

  • “Wah bestnya konsert petang!”
  • “Baguslah penganjur ni.”
  • “Terima kasih kerana ambil kira keperluan peminat.”
  • “Sebab tu sayang HIGHLIGHT!”
  • “Ini yang kita mahukan.”

Tak sabar nak jumpa HIGHLIGHT!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.