Sebabkan 2 Remaja Maut Lepas Langgar Lampu Isyarat, Pemandu Honda Jazz Tiada Lesen Memandu – Polis

LocalCars
9 Mar 2025 • 9:22 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Malam Khamis lalu, sebuah kemalangan telah berlaku di Jalan Persiaran Senawang 1, Seremban yang mengakibatkan dua orang remaja berusia 15 dan 16 yang menaiki motosikal maut selepas cedera parah di bahagian kepala akibat kejadian tersbut.

Kemalangan tersebut berlaku apabila sebuah kereta jenis Honda Jazz telah melanggar lampu isyarat dan kemudiannya melanggar dua buah motosikal yang datang dari arah sebelah kiri.

Terkini, pihak polis mengesahkan bahawa pemandu kereta Honda Jazz iaitu seorang lelaki yang berusia 18 tahun tersebut tidak memiliki lesen memandu.

image is not available

Buat masa ini, pihak PDRM masih lagi menyiasat tentang kejadian ini namun kerana masih dirawat di hospital, pemandu kereta tersebut masih belum boleh diambil keterangan setakat ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Sinar Harian

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.