“Sebagai jutawan, 2 bulan nafkah anak hanya mampu beri RM5K?” – Bekas Isteri DDNK

Entertainment
27 Sep 2022 • 10:24 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Nama pakar saham, Datuk Dr Nazri Khan atau DDNK semenjak dua menjak ini sering menjadi bualan netizen selepas tular isu perkahwinannya yang kedua dan penceraiannya dengan isteri pertama.

Sejak dari itu, banyak kisah peribadi mengenainya sering diperkatakan termasuklah luahan hati bekas isteri DDNK yang katanya sangat kecewa apabila rumah tangga yang dibina selama 20 tahun hancur dengan begitu sahaja.

image is not available

“Sebagai jutawan, hanya mampu beri nafkah anak RM5K, wajarkah?”

Terbaru, bekas isteri DDNK, Hasmawatie yang menggunakan nama Facebook sebagai Atelia De Sams telah memuat naik satu posting baru mempersoal isu nafkah anak yang diberikan pakar saham berkenaan.

Hasmawatie menerusi posting berkenaan telah bertanyakan mengenai kewajaran menerima nafkah anak yang didakwa hanya RM5,000 bagi dua bulan.

image is not available

“Fight for your rights!” – Netizen

Posting yang dimuat naik Hasmawatie itu telah mendapat pelbagai komen daripada netizen yang mana menyokong tindakan bekas isteri pakar saham berkenaan untuk menuntut apa yang patut demi anak mereka.

image is not available

Dalam pada itu, wanita berkenaan juga memohon doa daripada orang ramai supaya urusannya dalam tuntutan nafkah anak ini dipermudahkan.

26/9/22 Isnin,Sebutan Tuntutan Nafkah Anak, Mohon doakan semoga Haykal dimurahkan rezeki dunia akhirat dan dipermudahkan segala urusan kami.

Posted by Atielia De Sams on Friday, September 23, 2022

Kita doakan sajalah yang terbaik buat mereka. Nak cakap lebih-lebih pun kita tak lalui apa yang mereka sedang hadapi sekarang.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.