“Sebagai penghargaan kepada kecemerlangan arwah dalam bidang tahfiz Al-Quran”- Sebuah Galeri Khas Akan Diwujudkan Oleh UPSI & Dinamakan Sempena Nurly Sahirah

Entertainment
6 Jul 2025 • 11:41 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Susulan orang ramai yang berkunjung ke kediaman pelajar UPSI, Nurly Sahirah yang meninggal dunia dalam nahas bas di Gerik, Perak bulan lalu kerana mahu melihat tahriri (Al-Quran) tulisan tangan arwah, sebuah galeri khas akan diwujudkan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Menurut laporan Berita Harian, galeri tersebut akan dinamakan sempena Nurly Sahirah sebagai tanda penghargaan terhadap kecemerlangan Nurly dalam bidang hafazan Al-Quran.

Bangunan baharu Institut Pendidikan Tahfiz dan Turath Islami UPSI kini sedang dibina dan dijangka siap sekitar awal tahun 2027 nanti dan difahamkan, Galeri Nurly Sahirah akan ditempatkan dalam bangunan baru itu nanti.

Menurut Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), semoga kisah Nurly Sahirah ini dapat dijadikan teladan kepada golongan remaja dan pelajar universiti supaya lebih dekat dengan Al-Quran.

image is not available

Di galeri itu nanti, Al-Quran tulisan tangan atau tahriri oleh Nurly Sahirah mungkin akan ditempatkan di situ jika diizinkan oleh keluarga arwah.

image is not available

Ia semoga dapat menjadi sumber inspirasi kepada pelajar-pelajar lain di universiti berkenaan.

Selain itu, mana-mana pihak atau individu yang mahu memberi sumbangan wakaf untuk pembinaan Galeri Nurly Sahirah boleh berbuat demikian kerana koleksi mashaf al-Quran serta kitab agama juga akan ditempatkan di galeri itu nanti agar boleh digunakan sebagai rujukan oleh pelajar atau mana-mana pihak yang berkaitan.

Sumber:

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.